zulhilmi mohd salim

is a guy with a big dream


Leave a comment

Alam ini indah

Lama dah tak update blog ni. Maaf kiranya ada yang menunggu entry terbaru blog ini *walaupun sebenarnya tiada siapa pon yang tunggu.

Kenapa alam ini indah. Untuk dinikmatikah, dihargaikah, disayangikah, dilundungikah atau apa. Kita selalu sibuk dengan dunia dan alam moden muka buku kita sendiri tanpa sedar betapa indahnya alam ciptaan Allah ini. Bukan apa. Penulisan ini juga untuk diriku sendiri yang baru sedar.

Dah lama tidak turut serta dalam aktiviti riadah bagi melihat betapa indahnya bumi ini. Bukit Tabur sungguh indah. Dekat dengan ibu kota. Subhanallah. Sungguh indah panorama terlihat di setiap sudut bucu bukit itu. Boleh nampak tasik.Boleh nampak pokok, daun. Udara segar nyaman boleh dihirup. Bunyi muzik unggas, burung kicau dan kera bermain ditelinga.Sungguh merdu betul.

Ketika mendaki ambil masa dalam satu hingga dua jam. Laju kalau tidak banyak berhenti untuk bergambar. Bagus untuk sesiapa yang mencari kecergasan diri. Cukup mencabar bagi yang tidak biasa. Tapi biasa-biasa saja pada yang sudah biasa.
Ada curam ada landai. Bawa kelengkapan secukup. Air minum dan ubat luka.

Rasa tenang saja bila berada di puncak. Lepak lama juga bila dah sampai untuk hilangkan penat lelah naik kepuncak. Seolah-olah masalah tiada buat seketika. Ada 2 orang lelaki cina turut sama membawa plastik beg. Sambil-sambil dia naik dia kutip segala sampah yang ditinggal orang lain. Sungguh murni. Masih ada rupanya yang sayang alam ini. Tapi tak ramai. Yang ramai cuma yang tahu nikmati tapi tidak tahu untuk hargai. Hargailah alam. Sebab alam ini indah. Pesanan ini juga untuk diri ini.